Thursday, April 21, 2011

Untuk Arwah Ayahku..

 

Tears In Heaven by Eric Clapton

Would you know my name
If I saw you in heaven?
Would it be the same
If I saw you in heaven?
I must be strong
And carry on,
'Cause I know I don't belong
Here in heaven.
Would you hold my hand
If I saw you in heaven?
Would you help me stand
If I saw you in heaven?
I'll find my way
Through night and day,
'Cause I know I just can't stay
Here in heaven.
Time can bring you down,
Time can bend your knees.
Time can break your heart,
Have you begging please, begging please.
Beyond the door,
There's peace I'm sure,
And I know there'll be no more
Tears in heaven.
Would you know my name
If I saw you in heaven?
Would it be the same
If I saw you in heaven?
I must be strong
And carry on,
'Cause I know I don't belong
Here in heaven.

p/s: Menyesal aku x dngar semua kaset Eric Clapton yg ayah aku kumpul kt rumah. Ntah ade lagi ke x... (Nape mata aku berair ni..)

Thursday, March 17, 2011

Untuk ibuku dan Famili ku


Ditujukan khas kepada mak aku dan adik-beradik aku, tak lupa juga kepada kucing-kucing aku (Hoi! Jangan berak kat tilam la! Bertuah punya kucing), gitar aku, amplifier Fender Mustang yang adik aku baru beli, dan lain-lain...

Song Title: Dear God
Artist: Avanged Sevenfold

A lonely road crossed another cold state line
Miles away from those I love, purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there, back where I'd love to be, oh yeah

Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh no, once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps and all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

[- From: http://www.elyrics.net/read/a/avenged-sevenfold-lyrics/dear-god-lyrics.html -]
Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh no, once again

Well, some search never finding a way
Before long they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in to selfish ways
And how I miss someone to hold when hope begins to fade

A lonely road crossed another cold state line
Miles away from those I love, purpose hard to find

Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold her when I'm not around, when I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her and now I wish I'd stayed
Cause I'm lonely and I'm tired, I'm missing you again, oh no, once again

p/s: Cause I'm, lonely, I'm tired, and I'm missing you again, and how I miss someone to hold when hope begins to fade~

Friday, March 4, 2011

Trimas, Encik Laptop (part 2)

*Sambungan dari entri lepas, mengenai laptop aku. 


Hmm…, “Mengenai laptop aku”. Setakat ni, dah dua kali aku buat entri pasal laptop aku. Yang first, pasal sesi mengumpat. Kali ni pulak, pasal macam mana aku berjaya menyelamatkan laptop tu daripada menjadi mangsa ‘Devil’s Right Hand’ aku sendiri. Ceh, tak macam berapi lak kan aku berbual. Hah!
Ok, “previously on Supernatural”… (Pehal lak ni?) Ehem, ok, entri yang lepas, aku cakap yang aku melalui zaman akhil baligh yang menyeronokkan… (Dah la, malas ar aku nak sambung baca blog ni..)
Ok, ok. Rilek, stedy . Hehe, saje je. Ok, ehem, kan aku cakap aku marah gila sampai nak hentak laptop aku guna kerusi kan? Ha, last-last, aku dapat tahan la jugak sifat setan aku tu. Kalau tak, tak la aku berbelog sekarang ni kan. Aku nak taip guna ape, post guna ape kalau tak guna laptop ni. Guna handphone? Sori la, handphone aku Motorola L7, paling cikai pun kalau nak masuk Internet kena guna GPRS. Ape barang…  Orang lain sume guna WiFi atau 3G. Takde dah istilah GPRS atau WAP, apetah lagi wap air mahupun stim akibat proses kondensasi. Mende alah ni, MMS pun tak boleh nak send atau receive. Macam gampang.

          So, lepas aku tarik nafas dalam-dalam, pastu sepak-sepak dinding dan menyumpah seranah water heater serta iron baju kerana menyangka laptop ni sedara terpisah diorang, aku pun duduk balik depan laptop aku. Masa tu serius aku cakap, aku baca bismillah, pastu aku mintak dalam hati tolong la jangan sampai aku terhilang kawalan, pegi hentak laptop tu guna tangan. 

Pastu, aku try la bukak laptop tu guna ‘safe mode with networking’. Tang tu boleh lak dia connect kat monitor.
“Ok, ade harapan lagi ni” getus hati kering aku.
Pastu aku pun cari la kat google, ade tak ‘shortkey’ untuk tukar display dari  laptop ke monitor. Memang ade ‘hotkey’ kat laptop tu untuk function ni, tekan je terus connect, tapi macam aku cakap, keyboard laptop tu rosak. Dari sejak dia main tekan-tekan button ikut suka dia, sakit dia makin teruk sampai ada button tak boleh tekan langsung, contohnya, semua button ‘F’ dari F1 sampai F12 tak boleh tekan. Cilake tak cilake kan. Ok, cukup la memaki-maki ni.
Dengan tersekat-sekat display dia (sebab safe mode), akhirnya jumpa la jugak shortkey untuk tukar display monitor. Shortkeynya ialah;
WinKey (yang gambar tingkap tu) + ‘P’
Pastu aku pun try la. Dan Alhamdulillah, boleh jugak la akhirnya. Peh, kemain lega aku masa tu. Terus aku restart, pastu guna yang mode biasa. Dan, kini, laptop dan monitor ni berfungsi macam biasa.
So, moral of the story, kalau ikutkan, dah banyak barang yang aku rosakkan sebab rasa marah, dan pikir benda tu memang dah rosak, ape salahnye aku jahanamkan terus(kemain bodo lagi).  Walaupun hakikatnye, selagi aku bersabar, cool down, pikir pelan-pelan, tak rosak pun barang tu. Bayangkan la, kalau aku betul-betul hentak laptop aku tadi, memang menangis tak berlagu la aku jawabnye. Baik-baik takde rosak ape-ape, terus jahanam tak pasal-pasal. Nak keluar duit untuk repair dah satu hal, assignment sume dalam tu tak siap lagi ape citer? Besok midterm, nota tak baca lagi. 

Dan, kepada encik Laptop, aku mintak maaf la sebab selama ni selalu memaki-hamun dan ‘ter’hentak ko. Janji, pasni tak buat lagi. Tapi, tolong la, jangan buat masalah lagi. Ok? Ai she teru.

p/s: “Iyya kana’ budu wa iyya kanasta’in” (Al-Fatihah ayat 4)
Maksudnya : “Kepada Kau aku berserah, dan kepada Kau aku meminta pertolongan”.

Thursday, March 3, 2011

Trimas, Encik Laptop


Alhamdulillah, syukur kpd Allah. Fuh, aku baru je melepasi situasi yang sangat-sangat mencabar, mengerikan dan menakutkan. Situasi dimana ia mencabar daya ketahanan iman, menahan rase marah yang  amat sangat, tak lupa juga ketahanan IQ dan tenaga chakra yang dah tinggal suku-suku je. Syukur, betul-betul aku bersyukur sebab dapat melepasi halangan Istana Takeshi di peringkat akhir, lalu memenangi sebuah motor. Saya menang motor . Teeet....!

Haha, memain je tu. Jangan la korang percaya ye. Aku tak pernah jejak kaki aku ke Jepun, apetah lagi nak masuk pertandingan Istana Takeshi tu. Selipar cap Ayam yang ditumbusi paku tekan sebab kena dajal dengan member ini masih belum menyentuh lagi tanah Jepang tu walau sebutir. Back to business!
Sebenarnye, situasi menggerunkan yang baru aku alami tadi ialah; laptop aku hampir tak boleh bukak, maksudnye, di’on’kan. Sebenarnye bukan tak boleh bukak, boleh, cuma laptop ni skrin dia rosak. First, dia start gegar-gegar, pastu, mula la jadi blank kaler putih. Yang nampak seciput je, kat bahagian atas.

Jadi, aku pun guna la monitor, sambung macam sambung projektor kat laptop.

Namun setelah sepurnama malam aku guna, eh, lepas beberape bulan, dia punya keyboard lak buat hal. Sukati jiran belah mak angkat dia punya anak sedare je tekan-tekan button. Ataupun dengan bahasa mudahnye, ade button yang tekan sendiri, aku tak tekan pun tak pasal-pasal keluar huruf tu. Yang panasnye bila nak buat assignment la. Macam nak gila aku haritu. Ok la, itu belakang kira, simple punya hal je. Aku beli je USB keyboard, cucuk, disable-kan main keyboard, pastu pakai cam biasa. Settel satu masalah.

Namun begitu, rupenye panas tak la sampai ke petang seperti yang diharapkan. Bai Jual Roti pun tak la jual roti sampai ke Desa Rahmat disebabkan trafik jem yang teruk time-time orang balik keja kul lima. Citernye, selalunya, bila aku shut down laptop, pastu on-kan balik, dia terus connect ke monitor, tapi tadi, ntah ape masalah dia tadi, dia taknak on lak kat monitor. 

"Aduyai... ape punya bala ni...", aku dah start pikir macam tu. 

Yang mencabarnye, bila aku try macam-macam, restart dekat sepuluh kali, cabut charger, guna voice narrator, pastu melilau guna mouse untuk masukkan password, masih tak boleh gak nak connect kat monitor. Aku macam dah nak nangis je time tu. Peh! dasat tak dasat kan, sampai nak nangis-nangis.
Ye, ye, aku tau, korang pikir, "Jadah ape, bukan ape-ape pun masalah tu, nak nangis-nangis lak", tapi masalahnye dengan aku, kalau aku dah panas hati sangat, nak je aku angkat kerusi pastu hentak kat laptop aku. Serius aku cakap. Betul-betul aku hangin tadi. Iye, betul... Ah, tak caye sudah. Blah la ko! Nyampah!

p/s: Bersambung pada entry akan datang. Panjang sangat dah ni!

Wednesday, March 2, 2011

What I Feel

I have been buried my head in these mess and madness for too long,
It’s spinning out of control,
Where Hell is raining down on me,
Where I've being stabbed thousand times,
And I feel like I've fall six feet under,

Then I realize it's my grave where I lay my back on,
The walls beside me shouting "You are totally screwed, kiddo!"
So loud, over and over, my ears bleeding,
Until I can't even hear my own voice,
Crying for help, begging for another chance,

Then I see a light in the pitch black,
Like bright light of Hope that being poured on my heart,
I see you smiling,
I try to reach you,
 But you fade away,

Then someone pulling me out of my grave,
When I look around all I see is another me,
Feeling pity to me,

Saying “You can’t escape from this pitiful life”,
“Lonely life, being left alone, and hating yourself even more”,

In a life where no one understand you,
Though it’s more like I’m the one who can’t understand myself,
I turn away,
Then I see that I’m back to my world,
The world where 'Being happy' or 'Live your life' means walking towards the edge of a cliff,
And fall into thousand of nail, pointing at you,
Where my only hope,

 Is you.

Monday, February 28, 2011

Sesi Mengumpat Laptop Sendiri

         Chett!! Bangang betul la! Opss.. Jangan marah-marah bila buat opening post entri. Nanti kena terajang. Pe.. bukan ape la, cuba korang pikir, bila dah semangat nak buat kerja assignmen, laptop buat hal. Berape ratus kali bukak, masih 'not responding'. Sekali aku buang laptop ni kat dalam tasik baru dia tau, jadi tukun bagi ikan makan. Bukan aku tak sayang laptop aku, tapi kalau Adobe Premiere pun tak bleh nak bawak, apehal? Sebelum ni ok je, ni tak pasal-pasal tak boleh nak support lak. Aduyai, betapa susah aku nak dapat laptop ni dulu, perit jerih yang aku kena tanggung, ingat berbaloi, sekali tengok dia buat hal lak. Dah la sekarang ni dalam situasi genting, like at the tip of a pin, macam rasa sakit perut nak terkencet, dah hujung-hujung, pastu cari tandas tak jumpa. Buang kat tepi jalan kang orang mengata lak. "Apela, berak kat tepi jalan. Dasar tak pegi skolah agama punya budak!". Sin Chan tak lak korang komplen bila dia kushyuk meneran kat tepi jalan. Hah! Lari dah tajuk, cakap pasal berak pulak dah!

          Aku bukan ape, kalau aku student Offshore Banking ke, Islamic Banking ke, 'Offshore Islamic' ke (Abang Fatah student Offshore Islamic kat UMS-KAL) boleh la buat tak kisah kalau laptop ni buat hal. Skrin gegar-gegar ke, dia nak merancau "Menci! Menci!" sebab kucing cakar dia ke, hatta nak mogok bukak Photoshop slow tahap siput khinzir sakit sembelit ke, aku pedulik ape, susah-susah aku pegi Megalab je. Ni tak, asal bukak je, baru aku klik satu button, trus 'not responding'. Bila aku 'not responding' kat dia punya soklan, dia kata aku dah tak sayang dia, nak mintak balik umah mak. Hamboi! Merajuk kemain! Aku budak Multimedia, banyak komitmen, cuba la paham.

          Haish.. ape la nasib. Susah tau, aku kena dok menghadap laptop, nak edit video, kaji setiap part satu-satu, ade reflection ke, scene rosak sebab Makcik Cafe datang hantar nasi goreng ke, pastu termasuk dalam shooting. Pastu, ni nak meragam lak. Jangan la macam ni, besok aku nak hantar video ni kat supervisor, kalau tak, tertangguh lagi satu minggu. Lagi satu hal. Besok-besok, nak guna After Effect lag, lagi berat, kalau ni pun tak bleh nak support, memang takde harapan la FYP aku ni.

           Akhir kata, aku masih 'temper' lagi sekarang ni. Dan aura 'temper ni secara tak sengaja meresap masuk ke dalam post kali ni. So, sori sesangat kalau aku ter-emo lebih-lebih. Semester depan masih kena guna laptop sama, nak tukar bukannya ada duit, kalau boleh beli dengan daun boleh la jugak aku rembat barang satu dua PC Alienware. Cis! Memang kompem abis degree ni aku mohon SPA. Malas dah aku pandang bende multimedia gampang ni. Taknak aku cari kerja dalam bidang IT. Buat orang panas je hari-hari.


p/s: Shit! Masih not responding lagi. Mane la aku nak cari PC, sambung siapkan benda jadah ni.

Saturday, February 26, 2011

Wah, sungguh panjang itu blog!

"I'm swimming in the smoke, Of bridge i have burned, so don't apologize, I'm losing what I don't deserve.."  Lirik dari lagu Linkin Park, "Burning in the sky". Jangan la korang komplen "nape mangkuk ni tak abis-abis dengan lagu Linkin Park? Bukan best sangat pun" seriously, aku pun tak tau nak tulis ape lagi untuk entry aku kali ni. Tapi, ape pun, dengan kepale yang dah luka lagi berparut akibat garu guna garfu sebab nak pikir idea, mata lak dah silau-silau kambing sebab nampak cahaya Nur Kasih (ape hal!?), aku gagahkan la jugak tulis entry untuk hari ni, walaupun takde orang pun nak baca blog ntah ape-ape aku ni. Peh, kalau la aku ni Zack Zukhairi ke, mesti best kan..

So, tajuk hari ni, "Kenapa blog entry aku panjang sangat?" Haha, tak sangka kan? Aku pun tak sangka. Buah nangka nak tak? Sepak kang. Ok, Sebenarnye la kan, kalau ikutkan la kan, blog yang fesmes(*famous) tak payah panjang-panjang pun entry dia. Ni berdasarkan observation aku la. Lain la blogger copycat yang mempunyai citarasa atau taste tahap longkang, yang cuma tau copy dari blog orang, pastu paste kat diorang punya blog. Pastu nampak la beratus entry sebulan. Ape kes? Tak profesional la beb.. Tapi ape pun, nak wat camne, blog diorang kan, kalau Makcik Pisang Goreng buat blog, Makcik pisang goreng la empunya blog tu, bukanlah pula Aunty Topekong sebelah Giant Tampoi lak kan. Tak muna'sabah' la, apetah lagi muna'sarawak', ataupun muna'Simpang Renggam'. Dan hakikatnya, aku ni sape nak komen orang lain punya blog.. "Orang buruk-buruk saja" kawan aku cakap. So, we leave them on their own.

Hah! dah perenggan ke 3 dah pun. Topik asal tak sentuh lagi. Jadi tanpa membuang masa kedalam recycle bin kaler oren, aku jelaskan la kenapa blog post aku panjang macam tesis PhD. Sebabnye, ialah, aku pun taktau. Tengah pikir-pikir jadah ape nak tulis, jari ni lak laju je tekan-tekan keyboard, sekali tengok, dah panjang gila dah pun entry aku. Pastu, bila baca balik, aku jadi heran, "Jadah ape aku tulis ni?" Pe, ni kalau aku buat assignment, rasa setengah jam siap kot 20 ke 30 muka surat, siap dengan foot-note dan references, tak lupa juga dengan in-text citation dari penulis-penulis tak bertauliah dan bersijil Taska. Tapi kalau setakat nak bersastera dan merepek tah ape-ape, boleh la aku goreng habis-habisan. Bukan ade orang nak check plagiarism ke, grammatical error ke, font type, spacing, font size, mane ade orang peduli. Ye tak? Jadi atas kelebihan yang dimiliki oleh aku sebagai pemegang saham terbesar selaku CEO merangkap pak cik cleaner dalam blog Oh Crap! ni, aku pun bantai je la merepek sampai tak cukup keyboard nak taip.

Akhir kata, kalau ade orang yang sudi baca blog aku sambil tahan rasa sebal ataupun rasa nak buang air dalam hati, aku ucapkan terima kasih sesangat. Sekarang follower baru satu, nanti bila dah beribu, diorang baca post ni, harap tau la betapa aku suke bila ade orang nak dengar citer aku, walaupun merepek tahap gaban. Yeee, suke~~.

 p/s: Personaliti aku yg kedua kirim salam, dia malas nak menyampuk dalam entry aku kali ni. Tak supportive langsung. Blah la ko!

Thursday, February 24, 2011

Tebiat Tak Senonoh Aku


Betul-betul macam bangang.. Hari ni aku rosakkan  earphone yg baru aku beli online, harga dia RM 18, (RM9 harga asal tambah RM9 kos penghantaran). Fak!!! sengal betul ar.. Padahal tiga hari aku tunggu benda alah tu sampai UMS, last-last dapat, aku pegi patahkan dia punya klip. Plannye aku nak betulkan earphone yang lama, ganti dia punya klip. Last-last, aku potong sikit, terkecik sangat lak, jadi longgar. Akibatnye, yang nak dibetulkan jadi rosak, yang dah memang rosak, masih kat takuk lama. Dush!! amik ko bangang!! Haha. (T_T)
Tapi, memang macam ni la perangai aku. Sengal kemain(*bukan main). Ntah berape banyak barang aku rosak sebab tunjuk terer modify itu-ini, konon rosak, try repair sana-sini. Last-last, makin jahanam! Antara barang-barang yang aku maksudkan adalah, pertama, handphone telor A.K.A Nokia 3660.  



 Kesnya macam ni. Handphone ni first elok je. Pastu tangan aku gatal nak tengok kat dalam hamdphone ni macam mana keadaannye, komponen-komponen dia, mikrochip dia, kat mana speaker, ade kutilanak  tengah membiak secara pesat ke, bakteria e-coli membesarkan tanah jajahan diorang ke, rusuhan virus HIV suruh presiden diorang letak jawatan ke,  (jadah ape yang ko pikir!). Ye la kan, bukan ade warranti pon handphone tu, aku beli pon dari abang aku sebab dia nak tukar Nokia N70. Sengal tak sengal aku kan. Pastu dah bukak-bukak skru dia semua, pasang balik, tak boleh 'on'  lak handphone tu. Puas aku bagi CPR guna straw Vitagen, pastu try guna straw Ice blend yang besar gedabak tu,  tapi tetap tak nak idup handphone tu. Amik kau! 



Pastu kena bebel dengan bapak aku kaw-kaw punya. Nasib baik tak kena lempang. Tak abis lagi, kena hamun satu hari dengan abang aku. Besoknya, terus aku keluar RM30, hantar repair kat kedai. 
Tu baru satu, lagi satu barang yang aku try 'repair' ialah TV, jenama Sharp. Macam siyal!! Takde la, benda tu rosak lepas apartmen rumah aku kena ribut. Yela, rumah atas sekali, tingkat 5,(jangan la korang pikir apartment kat Bukit Aman yang tinggi 20 tingkat tu, rumah aku kuarters hospital je pon..). Masa hujan lebat tu bumbung rumah aku bocor, jadi air hujan pon masuk la, membasahi TV yang tak dilindungi dengan payung mahupun insuran TV(ko hingat keta ke ape nak ade insuran!).
Ehem, dialog dalam kurungan tu sebenarnye adalah bila aku bermonolog dengan diri aku sendiri ataupun boleh kata personaliti aku yang ke2, dan dia tengah 'temper' sekarang ni. Datang bulan agaknye. (Palotak ko datang bulan!!) 
Okey, berbalik kepada cerita tadi, lepas ribut dah abis, lepas semua jiran-jiran tertangga kecoh sebab atap dari tingkat atas jatuh atas diorang punya kereta, aku pun bukak la cover TV tu, keringkan bahagian dalam TV tu. Pastu bila 'on'kan (boleh 'on' ye), yang klua cuma bunyi je, gambar takde. Last-last, aku bagi 'flying kick' kat area hempedu dia satu kali, pastu adjust sikit kat dalam dia. Aku dah lupa aku buat apa, tapi boleh la jugak tengok TV untuk beberape hari. Pastu terus rosak. Pastu mak aku pon beli TV baru. Tu la antara percubaan aku membetulkan barang letrik yang berjaya(walaupun rosak jugak akhirnya). Terer jugakkan aku ni. Hehe.


Huh! Dah taktau nak tulis ape lagi dah. Apa-apa pon, besok kena pegi bandar beli solder (pateri) , ataupun gam gajah. Gamkan aje klip tak guna tu. Nasib baik la ade lagi satu earphone. Ni pon dia punya ‘jack’ dah nak rosak dah. Biasa la masalah ni. Tu yang nak beli pateri ‘solder’ tu, in case kalau rosak betul-betul.

p/s: “With just a touch of my burning hand, I’m gonna live my life to destroy your world”. Haha. Dasar tangan perosak. Buang dalam longkang kang! Pastu ganti dengan tangan robot.




Friday, January 28, 2011

Sajak nukilan dari hatiku..

Make your move,

make your stand,

make your win, Hah! like you can..

See the war,

See me rule,

See the mirror, you'll see a fool.

To take me out you must fight like a man,

You've yet approve that you can,

I see your might is compare to something,

That if that something is nothing.

(From Devil May Cry 3: Dante's awakening OST)

Sunday, January 16, 2011

Back On The Street

         "Back... on the street... we are back on the street~" Petikan dari lagu The ACAB "Back on the street". Best lagu tu.  Tak caye pegi tanya Mak Cik Kantin Tadika Kemas Cawangan Kampung Pasir. Haha Gurau je. Saje taip benda merepek masa opening kan.. OK, post aku yang ke-2, citer pasal Internet connection yang aku guna.
          Ehem,  sebenarnye, dah dekat 2 bulan aku tak guna ter'isolate' (tah ape maksud dia dalam BM) dari dunia siber ni. Maksud aku, dah dekat sebulan lebih aku tak guna internet secara aktif sejak aku start cuti semester lepas (iaitu sejak sebulan lebih yang lepas.... berapa kali nak cakap!!). Sebabnye, wireless free kat rumah aku dah xboleh guna. Apesal aku kata free? sebab aku curi line wireless dari Klinik Kesihatan Tampoi berdekatan rumah aku (wireless dia nama 'Vektor JB'). Hahaha!! Back to business. Malangnye, sampai2 je aku kat rumah masa balik cuti haritu, bila aku nak connect balik, semua website kena block. "Government has been block 'dis website crap and crap..." gitu. Cis betul!
         Oleh kerana itu, saya pun mengambil keputusan...(kenapa jadi ayat formal lak ni), jadi, aku pun plan nak hack wireless rumah jiran aku. Malangnya tu pun x boleh jugak, sebab laptop aku guna Windows, bukan Linux. Orang yang selalu hack-menghacking ni tau la ape beza guna Linux dgn Windows bila nak hacking kan.. Lepas tu, masa dah nak balik UMS, baru la mak aku suruh apply WiMax broadband (bab ni nanti2 aku citer ea..). Jadi aku berpeluang guna Wimax tu untuk register course aku untuk sem depan (maknanya sem ni la). Facebook aku xsempat nak tengok lama2,  post satu dua ayat tah ape2, pastu tutup. Pastu bila dah sampai kat UMS, aku terfikir nak pasang Celcom broadband, sebab UMS sengal ni taknak pasang balik wireless router kat asrama student (dasar UMS, makan duit student). Aku berada dalam delima, nak pasang ke tak, macam orang dalam delima nak pasang bini nombor 2 ke tak, pasang nanti kang kena marah bini no.1. Hah!
           Tapi, last2, baru je tadi ade brader sebelah bilik kau ajak aku apply streamyx kat bilik, RM 35 setiap bulan. Jadi, pucuk dicita, ulam mendatang la kn.. Dan akhirnya, malam ni, bermula la balik aktiviti blogging aku yang tertangguh sejak sebulan lebih yang lepas.
          Quote utk hari ni: "The advantage of a bad memory is that one enjoys several times the same good things for the first time", ayat dari Friedrich Nietzsche. Hey!!