Saturday, February 26, 2011

Wah, sungguh panjang itu blog!

"I'm swimming in the smoke, Of bridge i have burned, so don't apologize, I'm losing what I don't deserve.."  Lirik dari lagu Linkin Park, "Burning in the sky". Jangan la korang komplen "nape mangkuk ni tak abis-abis dengan lagu Linkin Park? Bukan best sangat pun" seriously, aku pun tak tau nak tulis ape lagi untuk entry aku kali ni. Tapi, ape pun, dengan kepale yang dah luka lagi berparut akibat garu guna garfu sebab nak pikir idea, mata lak dah silau-silau kambing sebab nampak cahaya Nur Kasih (ape hal!?), aku gagahkan la jugak tulis entry untuk hari ni, walaupun takde orang pun nak baca blog ntah ape-ape aku ni. Peh, kalau la aku ni Zack Zukhairi ke, mesti best kan..

So, tajuk hari ni, "Kenapa blog entry aku panjang sangat?" Haha, tak sangka kan? Aku pun tak sangka. Buah nangka nak tak? Sepak kang. Ok, Sebenarnye la kan, kalau ikutkan la kan, blog yang fesmes(*famous) tak payah panjang-panjang pun entry dia. Ni berdasarkan observation aku la. Lain la blogger copycat yang mempunyai citarasa atau taste tahap longkang, yang cuma tau copy dari blog orang, pastu paste kat diorang punya blog. Pastu nampak la beratus entry sebulan. Ape kes? Tak profesional la beb.. Tapi ape pun, nak wat camne, blog diorang kan, kalau Makcik Pisang Goreng buat blog, Makcik pisang goreng la empunya blog tu, bukanlah pula Aunty Topekong sebelah Giant Tampoi lak kan. Tak muna'sabah' la, apetah lagi muna'sarawak', ataupun muna'Simpang Renggam'. Dan hakikatnya, aku ni sape nak komen orang lain punya blog.. "Orang buruk-buruk saja" kawan aku cakap. So, we leave them on their own.

Hah! dah perenggan ke 3 dah pun. Topik asal tak sentuh lagi. Jadi tanpa membuang masa kedalam recycle bin kaler oren, aku jelaskan la kenapa blog post aku panjang macam tesis PhD. Sebabnye, ialah, aku pun taktau. Tengah pikir-pikir jadah ape nak tulis, jari ni lak laju je tekan-tekan keyboard, sekali tengok, dah panjang gila dah pun entry aku. Pastu, bila baca balik, aku jadi heran, "Jadah ape aku tulis ni?" Pe, ni kalau aku buat assignment, rasa setengah jam siap kot 20 ke 30 muka surat, siap dengan foot-note dan references, tak lupa juga dengan in-text citation dari penulis-penulis tak bertauliah dan bersijil Taska. Tapi kalau setakat nak bersastera dan merepek tah ape-ape, boleh la aku goreng habis-habisan. Bukan ade orang nak check plagiarism ke, grammatical error ke, font type, spacing, font size, mane ade orang peduli. Ye tak? Jadi atas kelebihan yang dimiliki oleh aku sebagai pemegang saham terbesar selaku CEO merangkap pak cik cleaner dalam blog Oh Crap! ni, aku pun bantai je la merepek sampai tak cukup keyboard nak taip.

Akhir kata, kalau ade orang yang sudi baca blog aku sambil tahan rasa sebal ataupun rasa nak buang air dalam hati, aku ucapkan terima kasih sesangat. Sekarang follower baru satu, nanti bila dah beribu, diorang baca post ni, harap tau la betapa aku suke bila ade orang nak dengar citer aku, walaupun merepek tahap gaban. Yeee, suke~~.

 p/s: Personaliti aku yg kedua kirim salam, dia malas nak menyampuk dalam entry aku kali ni. Tak supportive langsung. Blah la ko!

1 comment:

  1. HAHAHAHAHAHA . .
    kelaka gaban ko neh . budak ssil . tp dah mcm budak sastera dah ko punye karangan . haha . syabas !

    ReplyDelete