*Sambungan dari entri lepas, mengenai laptop aku.
Hmm…, “Mengenai laptop aku”. Setakat ni, dah dua kali aku buat entri pasal laptop aku. Yang first, pasal sesi mengumpat. Kali ni pulak, pasal macam mana aku berjaya menyelamatkan laptop tu daripada menjadi mangsa ‘Devil’s Right Hand’ aku sendiri. Ceh, tak macam berapi lak kan aku berbual. Hah!
Ok, “previously on Supernatural”… (Pehal lak ni?) Ehem, ok, entri yang lepas, aku cakap yang aku melalui zaman akhil baligh yang menyeronokkan… (Dah la, malas ar aku nak sambung baca blog ni..)
Ok, ok. Rilek, stedy . Hehe, saje je. Ok, ehem, kan aku cakap aku marah gila sampai nak hentak laptop aku guna kerusi kan? Ha, last-last, aku dapat tahan la jugak sifat setan aku tu. Kalau tak, tak la aku berbelog sekarang ni kan. Aku nak taip guna ape, post guna ape kalau tak guna laptop ni. Guna handphone? Sori la, handphone aku Motorola L7, paling cikai pun kalau nak masuk Internet kena guna GPRS. Ape barang… Orang lain sume guna WiFi atau 3G. Takde dah istilah GPRS atau WAP, apetah lagi wap air mahupun stim akibat proses kondensasi. Mende alah ni, MMS pun tak boleh nak send atau receive. Macam gampang.
So, lepas aku tarik nafas dalam-dalam, pastu sepak-sepak dinding dan menyumpah seranah water heater serta iron baju kerana menyangka laptop ni sedara terpisah diorang, aku pun duduk balik depan laptop aku. Masa tu serius aku cakap, aku baca bismillah, pastu aku mintak dalam hati tolong la jangan sampai aku terhilang kawalan, pegi hentak laptop tu guna tangan.
Pastu, aku try la bukak laptop tu guna ‘safe mode with networking’. Tang tu boleh lak dia connect kat monitor.
“Ok, ade harapan lagi ni” getus hati kering aku.
Pastu aku pun cari la kat google, ade tak ‘shortkey’ untuk tukar display dari laptop ke monitor. Memang ade ‘hotkey’ kat laptop tu untuk function ni, tekan je terus connect, tapi macam aku cakap, keyboard laptop tu rosak. Dari sejak dia main tekan-tekan button ikut suka dia, sakit dia makin teruk sampai ada button tak boleh tekan langsung, contohnya, semua button ‘F’ dari F1 sampai F12 tak boleh tekan. Cilake tak cilake kan. Ok, cukup la memaki-maki ni.
Dengan tersekat-sekat display dia (sebab safe mode), akhirnya jumpa la jugak shortkey untuk tukar display monitor. Shortkeynya ialah;
WinKey (yang gambar tingkap tu) + ‘P’
Pastu aku pun try la. Dan Alhamdulillah, boleh jugak la akhirnya. Peh, kemain lega aku masa tu. Terus aku restart, pastu guna yang mode biasa. Dan, kini, laptop dan monitor ni berfungsi macam biasa.
So, moral of the story, kalau ikutkan, dah banyak barang yang aku rosakkan sebab rasa marah, dan pikir benda tu memang dah rosak, ape salahnye aku jahanamkan terus(kemain bodo lagi). Walaupun hakikatnye, selagi aku bersabar, cool down, pikir pelan-pelan, tak rosak pun barang tu. Bayangkan la, kalau aku betul-betul hentak laptop aku tadi, memang menangis tak berlagu la aku jawabnye. Baik-baik takde rosak ape-ape, terus jahanam tak pasal-pasal. Nak keluar duit untuk repair dah satu hal, assignment sume dalam tu tak siap lagi ape citer? Besok midterm, nota tak baca lagi.
Dan, kepada encik Laptop, aku mintak maaf la sebab selama ni selalu memaki-hamun dan ‘ter’hentak ko. Janji, pasni tak buat lagi. Tapi, tolong la, jangan buat masalah lagi. Ok? Ai she teru.
p/s: “Iyya kana’ budu wa iyya kanasta’in” (Al-Fatihah ayat 4)
Maksudnya : “Kepada Kau aku berserah, dan kepada Kau aku meminta pertolongan”.




No comments:
Post a Comment